Wednesday, 15 February 2012

saya dh x mampu~ =')

Assalamualaikum..

Sedarkah kita bahawa adakalanya sesorang yang hadir dalam hidup kita sebenarnya memberi makna tanpa kita sedar? Mungkin dia penting untuk kita. Sering kalinya kita akan sedar betapa bermakna dan pentingnya seseorang itu kepada kita apabila kita dah pun kehilangannya. Memang lumrah kehidupan kan bila dah hilang..bila dah tak ada lagi depan mata..bila dah tak bersua...bila dah tak lagi berhubung..baru nak terasa..baru nak mencari..baru nak hargai..dan baru nak menyesali. Mungkin dah terlambat atau mungkin kehilangan tu mampu memberi sesuatu yang lebih baik.
Bagaimana atau macam mana kita nak tahu bahawa seseorang tu penting dan bermakna dalam hidup kita ialah bila kita boleh berubah dengan ikhlas tanpa dipaksa atau terpaksa. Berubah? Ya. Mungkin sesorang itu mampu buat kita berubah ke arah yang lebih baik atau mungkin juga ke arah yang sebaliknya. Kalau berubah, biar la berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah, akan lebih diredhai oleh Allah dan hati pun lebih tenang.
Selagi sesebuah persahabatan dan perhubungan itu boleh di jaga, jagalah dengan sebaikbaiknya. Hargailah seseorang yang mampu buat kamu berubah itu kerana dialah yang sebenarbenarnya bermakna dan penting dalam hidup kamu. Tapi seandainya kehilangan seseorang itu tak memberi apaapa kesan terhadap kamu, itu bermakna dia bukanlah seseorang yang penting dan yang memberi makna dalam hidup kamu.
Kehilangan itu terlalu sakit. Lebih sakit andai kehilangan itu berpunca daripada diri kita sendiri. Oleh itu, janganlah dipinta untuk cuba merasa kehilangan andai diri kita tak rela.

Tetapi, seandainya kehilangan itu mampu memberi kesan yang lebih baik kepada dia, maka relakanlah ia. Jangan disekat kebahagiaannya. Biarkan dia bahagia dengan jalan hidupnya. Sesuatu yang hilang, pasti akan ada gantinya. Walau berbeza rupa mahupun sifat tetapi tetap ada istimewanya.

No comments:

Post a Comment